Perak Hari Ini

Polis Sifatkan Kejadian Tertembak Sebagai Malang Tidak Berbau

GERIK- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan insiden kematian Pegawai Tentera Darat, Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu insiden malang tidak berbau.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya belum mendapat sebarang maklumat yang terkini tetapi siasatan akan tetap dijalankan mengikut prosedur yang ada kerana berlakunya satu kematian.

“Saya yakin pihak ATM telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan tetapi insiden tersebut berlaku mungkin disebabkan pihak berkenaan terlepas pandang beberapa perkara.

“Kita juga tidak mengetahui punca kejadian malahan terlalu awal untuk pihak polis memberikan sebarang kenyataan tetapi perkara yang pasti adalah siasatan penuh tetap dijalankan,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik , di sini, hari ini.

Katanya, pihak keluarga allahyarham, pihak ATM, dan polis juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang dianggap terburu-buru dan tidak disokong oleh fakta.

“Dalam masa terdekat, Persuruhjaya Polis Sabah akan mengeluarkan kenyataan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau komen yang mengganggu sensitiviti keluarga atau pihak ATM.

“Nasihat saya kepada orang ramai, siapa yang berani bermain api maka dia akan terbakar kerana kumpulan siasatan khas saya akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki bersalah,” katanya.

Terdahulu, mangsa disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Ketika kejadian, mangsa yang memakai topeng dan baju kalis peluru melakukan tembakan pertama ke arah rakannya sebelum menerima tembakan dari jarak dekat dari rakannya sendiri dalam jarak lingkungan 5 meter menggunakan senjata api semasa acara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");