Perak Hari Ini

Posting Facebook Kaitkan Isu MyKad Palsu Dengan Guan Eng, DAP Perak Buat Laporan Polis

IPOH: DAP Perak tampil membuat laporan polis berhubung satu hantaran atau positng pada laman Facebook ‘PAS Kawasan Bukit Gantang’ yang dikatakan telah cuba membuat tuduhan palsu ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan isu MyKad palsu.

Setiausaha DAP negeri Wong Kah Woh dan Ketua DAPSY Perak Steven Chaw Kam Foon membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Bharu, di sini, hari ini.

Dalam hantaran tersebut ia telah menulis berkenaan isu MyKad palsu yang disertakan dengan gambar MyKad yang telah disunting bersama-sama gambar Guan Eng.

Selain diletakkan Bendera Negara China, Negeri Pulau Pinang dan Bendera DAP yang diterbalikkan, gambar tersebut turut disunting bersama kapsyen, ‘Pulau Pinang menjadi lubuk untuk membeli kad pengenalan kepada pendatang daripada China’.

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata pihak polis seharusnya memandang perkara ini sebagai suatu yang serius kerana ia merupakan fitnah.

Beliau juga menyifatkan hantaran tersebut sebagai tujuan memburukkan nama Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng, DAP, serta kerajaan Pulau Pinang.

Katanya lagi, laporan polis dibuat adalah sebagai membolehkan pihak polis membuat siasatan terhadap pemilik laman Facebook berkenaan.

“Ini adalah jenayah fitnah yang serius. Apabila kita bincangkan soal kebebasan bersuara, ia tidak bermakna boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

“Dalam isu ini, pemilik ‘Facebook PAS Bukit Gantang’ telah salah guna kebebasan suara ini untuk mereka untuk capai tujuan politik mereka,” katanya kepada pemberita kepada pemberita di hadapan Balai Polis Pekan Bharu, di sini, hari ini.

Tambahnya sebelum pihaknya tiba untuk membuat laporan polis tersebut, hantaran pada laman Facebook berkenaan masih ada.

Selain Kah Woh dan Steven Chaw, antara yang turut hadir sama ialah Pegawai Khas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Mohd Norriduan Mohd Idrus serta sekitar 20 orang kepimpinan dan ahli parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) kawasan Ipoh Timur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");