Berita Hari Ini

PRK Tanjung Piai : SPR Sudah Dimaklumkan…

DEWAN Rakyat, hari ini, mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan, hari ini, berkata, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemberitahuan diterima.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P 165 Tanjung Piai, Johor dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan itu.

Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia pada 6 pagi Sabtu di Hospital Pontian, Pontian akibat serangan jantung lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");