Perak Hari Ini

Projek Loji Penapisan Minyak Segari Sama Sekali Tidak Berlaku- Ahmad Faizal

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap agar rakyat tidak cepat melatah mengenai perkara yang tidak benar.

Mengulas lebih lanjut mengenai Projek Loji Penapisan Minyak di Segari, katanya belum ada sebarang keputusan yang dibuat bagi loji di kawasan tersebut.

“Memang ada sebuah syarikat yang datang memberi cadangan kepada kerajaan negeri bagi mengadakan industri penapisan minyak di kawasan tersebut tetapi perkara berkenaan akan memperhalusi terlebih dahulu semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Apabila mereka ingin melaksanakan cadangan tersebut, mereka juga perlu membuat laporan Environmental Impact Assessment (EIA),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa melancarkan Program Agrofest Negeri Perak 2019 di RTC Gopeng, di sini, hari ini.

Terdahulu, pihak NGO, penduduk kampung dan warga Manjung menyatakan kegusaran terhadap Projek Loji Penapisan Minyak di Segari

“Jika projek ini dibuat, Perak akan kehilangan satu-satunya pantai peranginan yang indah, iaitu Pantai Teluk Senangin setelah Pantai Teluk Batik tercemar teruk akibat pembinaan Kilang Vale,” memetik satu kenyataan.

Tegas Ahmad Faizal, setakat ini tidak ada sebarang kelulusan dari kerajaan negeri dan beliau harap agar rakyat tidak cepat melatah tanpa mendapatknan maklumat sebenar.

Jelas beliau, setakat ini projek loji tersebut sama sekali tidak akan dibangunkan dan tidak berlaku.

“Bagi membangunkan rumah, pelabuhan atau perkara besar di kawasan tersebut, mereka perlu menghadapi banyak tapisan termasuk laporan EIA yang tidak menghalang sesuatu pembangunan di kawasan tersebut.

“Setakat ini tidak ada sebarang kelulusan, mengapa kita perlu bercakap mengenai perkara ini kerana apabila ada kelulusan saya sendiri akan melompat atau membuat domonstrasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");