Perak Hari Ini

Promosikan Produk Muslim Tetapi Jangan Boikot Produk Lain- Ahmad Faizal

TAPAH- Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan sebarang Kempen utamakan produk muslim (Buy Muslim First) kerana itu adalah pilihan semua rakyat tetapi jangan sampai memboikot mana-mana produk.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jikalau kita (rakyat) ingin menggerakkan produk muslim iaitu produk halal, lakukannya.

“Tetapi memboikot produk daripada perusahaan dari agama lain di Malaysia, saya fikir ianya tidak baik.

“Kita ada tanggungjawab terhadap bumi yang dikongsi ini, kita tidak boleh fikir untuk diri sendiri, masih ada anak cucu yang belum lahir untuk kita warisi keamanan demi masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@Komuniti peringkat negeri Perak di Arena Merdeka Tapah hari ini.

Jelas Ahmad Faizal, kita tidak perlu melakukan perkara yang boleh merugikan kita tetapi jika perkara tersebut menguntungkan, silakan.

“Komitmen kerajaan negeri adalah ‘Buy Malaysian First’ tapi kempen yang lain pada saya tidak perlu kita terlalu kita gembar gemburkan kerana saya berfikir elok kita golongan rakyat mengambil berat tentang apa yang telah dititahkan Sultan Nazrin iaitu untuk kita memelihara keharmonian yang ada di negeri Perak.

“Jika kita memulakan sesuatu usaha sehingga boleh menyentuh sensitiviti orang lain seperti titah Baginda iaitu bermula dengan ucapan kebencian yang mana ianya boleh mengakibatkan satu perkara yang tidak baik kepada negeri kita,” katanya

Dalam perkembangan lain, beliau mengulas mengenai kedudukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu berkata, setakat ini belum ada ketetapan baharu dibuat.

Katanya, sebarang perubahan termasuk hal melibatkan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong akan dimaklumkan kepada umum menerusi kenyataan rasmi.

“Jika ada yang tertanya-tanya mengenai perkara itu, sila hapuskan kerana apabila ada perubahan, sudah tentu kita akan maklumkan untuk memudahkan dan melicinkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");