Sukan Hari Ini

Rajagobal Terkejut Aksi Hambar Anak Buahnya

SHAH ALAM – Ketua Jurulatih PKNS FC, K. Rajagobal terkejut dengan persembahan yang ditunjukkan skuad The Red Ants sehingga tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Beliau berkata keadaan berjerebu yang melanda Selangor ketika ini bukan alasan bagi pasukannya untuk menunjukkan aksi kurang baik.

“Kita sememangnya tidak layak untuk menang malam ini kerana 20 minit pertama perlawanan, lebih banyak peluang yang berjaya dihasilkan berbanding Negeri Sembilan namun kita gagal menterjemahkannya.

“Saya tidak salahkan keadaan yang berjerebu kerana Negeri Sembilan bermain dengan sangat cemerlang sehingga mampu menjaringkan tiga gol, jadi saya boleh cakap pemain tidak menunjukkan semangat yang bagus,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu, lapor Bernama.

Rajagobal menyifatkan kekalahan itu sebagai yang sangat teruk ditunjukkan anak buahnya.

Dalam pada itu, pengendali Negeri Sembilan Mohamad Zaki Shaikh Ahmad berasa gembira kerana pemainnya berjaya menghasilkan beberapa peluang sehingga berjaya menjaringkan tiga gol.

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan momentum sebegini untuk bertemu dengan pasukan Kedah nanti,” katanya.

Pada perlawanan itu, Negeri Sembilan terlebih dahulu menjaringkan gol hasil percubaan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir di minit ke-41 sebelum PKNS FC menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti Kpah Sherman.

Kesilapan pertahanan pemain PKNS FC, Tamirlan Kozubaev yang menolak masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-56 memberi peluang kepada Negeri Sembilan menambah gol kedua.

Pada minit ke-89, PKNS FC terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Muhamad Asraf Roslan dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Negeri Sembilan sebelum pasukan pelawat itu terus meledak gol ketiga hasil rembatan pemain import dari Brazil, Matheus Fernandes Vila Real.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");