Berita Hari Ini

Remaja OKU Jadi Mangsa Cabul Ayah Tiri Di Batu Gajah

BATU GAJAH – Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dengan masalah pembelajaran menjadi mangsa cabul dan rogol ayah tirinya kira-kira empat tahun di rumah mereka di Kampung Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, berdasarkan siasatan, mangsa yang berumur 15 tahun memaklumkan suspek yang bekerja sebagai pemandu mula mencabulnya pada 2015 ketika dia berusia 12 tahun.

“Kemudian mangsa mula dirogol sejak berusia 13 tahun iaitu pada pertengahan tahun 2017 dan kejadian terakhir pada Disember 2018. Suspek mula menghentikan perbuatannya sejak mangsa berpindah ke rumah datuknya pada bulan Mei tahun 2019.

“Mangsa tinggal di rumah tersebut bersama suspek yang berkahwin dengan ibu kandungnya pada 2012 selepas kedua-duanya kematian pasangan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurut Ahmad Adnan remaja perempuan itu yang takut dan trauma untuk berkomunikasi dengan lelaki mengadu mengenai tindakan ayah tirinya kepada guru sekolah yang kemudian membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, semalam untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh pakar pediatrik serta pakar perunding obstetrik dan ginekologi HRPB mendapati terdapat kesan lama akibat dirogol pada mangsa,” katanya.

Susulan daripada itu, Ahmad Adnan berkata pihak polis telah menangkap suspek yang berumur 49 tahun di rumahnya pukul 5 petang semalam dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");