Berita Hari Ini
Like

Rundingan Terus Masih Diperlukan – Dr Mahathir

September 19, 2019
242 Views
0 Comments
2 minutes read
Rundingan Terus Masih Diperlukan – Dr Mahathir

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak menafikan keperluan untuk mengadakan rundingan terus bagi beberapa perolehan atau pembelian, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia perlu ‘apabila sesuatu itu penting untuk tujuan tertentu’ misalnya dalam angkatan bersenjata.

“Mereka (angkatan bersenjata) mengenal pasti peralatan tertentu dan jika peralatan tertentu itu berasal dari satu syarikat maka mereka boleh melakukan rundingan langsung.

“Tetapi mereka mesti menyatakan sebab mengapa mereka ingin mengadakan rundingan terus dan mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini, sebagaimana dilaporkan Bernama hari ini

Ditanya mengenai surat yang tular mengenai projek pembinaan bernilai RM450 juta di Kota Bharu, Kelantan yang didakwa telah dianugerahkan melalui rundingan terus, Dr Mahathir menafikan ia merupakan projek rundingan langsung.

“Tetapi anda telah melihat nota itu kerana ia telah tular. Anda telah melihat nota yang saya tulis – ia adalah penerusan projek yang telah diberikan kepada pihak ini. Sama ada rundingan langsung atau apa saja.”

“Jadi apa yang saya katakan di situ, jika syarikat ini bersedia untuk mengurangkan kos dan jika ia adalah penerusan projek sebelumnya, saya fikir ia bukan rundingan langsung. Ia kerana syarikat itu sudahpun melaksanakannya, ia adalah kesinambungan,” kata beliau.

Surat daripada kontraktor, PDM Builders Sdn Bhd kepada Dr Mahathir berhubung pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kelantan telah menjadi tular. Surat itu turut mengandungi nota tulisan tangan Dr Mahathir.

Nota itu menyatakan: “YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberi kepada PDM Builders. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu.”

Surat itu juga menyatakan kontrak itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 20 April 2018 ‘secara tender terhad selektif’.

Mengenai kritikan bahawa anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih memiliki saham Opcom Holdings Bhd yang terlibat dalam projek kerajaan, Dr Mahathir berkata, “Saya tidak menandatangani apa-apa. Ada saya tandatangan apa-apa untuk mencadangkannya”

Dr Mahathir berkata sepanjang pengetahuannya, Mukhriz telah melepaskan perniagaannya kerana beliau kini Menteri Besar Kedah.

“Jadi jika anda memberi saya maklumat, saya akan bertanya kepadanya,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.