Sukan Hari Ini

Sanchez Ledak Gol, Dibuang Padang

MILAN: Alexis Sanchez menjaringkan gol dan diarah keluar padang pada penampilan sulungnya bersama Inter Milan ketika kelab baharunya itu mengekalkan permulaan sempurna musim ini dengan kemenangan 3-1 terhadap Sampdoria, awal pagi tadi.

Kemenangan memastikan Inter kekal di puncak Serie A di depan penyandang juara, Juventus yang turut menewaskan SPAL 2-0.

Sanchez, yang dianggap gagal di Manchester United berpindah ke Itali secara pinjaman selama semusim dan penyerang kebangsaan Chile itu mencetus impak besar di Genoa, apabila mencipta umpanan bagi jaringan pembukaan Stefano Sensi pada minit ke-20 sebelum menyumbat gol dua minit berselang.

Begitupun memetik BHarian, pemain berusia 30 tahun itu diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua susulan tindakannya sengaja merebahkan badan sejurus selepas rehat yang menyaksikan Inter terpaksa beraksi kurang seorang pemain hampir keseluruhan babak kedua.

Kelebihan itu dimanfaatkan tuan rumah yang merapatkan jurang pada minit ke-55 menerusi Jakub Jankto tetapi kelebihan pelawat kembali ditingkatkan Roberto Gagliardini selepas sejam perlawanan berlangsung.

slotted in the third goal just after an hour to give Antonio Conte’s side a huge boost days before their trip to Barcelona in the Champions League.

“Situasi seperti itu boleh membunuh sesiapa saja, tetapi bukan kami, bukan pemain-pemain ini,” kata pengendali Inter, Antonio Conte dengan kemenangan meningkatkan semangat anak buahnya menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara minggu depan.

“Kami bermain dengan cemerlang untuk bertahan, kami berjaya mencipta keseimbangan dengan situasi di bangku simpanan.”

Selepas enam perlawanan, Inter mengumpul 18 mata maksimum, kelebihan dua mata di depan Juve dan ia kali pertama kelab itu meraih enam kemenangan berturut-turut dalam kempen Serie A sejak musim 1966-67.

Inter dan Juve dijadual bertemu di San Siro pada minggu depan. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");