Panasnya Hari Ini

Saya Diarahkan Cincang Dokumen Sebelum PRU – Bekas Pembantu Najib

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Memetik laporan Bernama, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya beliau menyimpan semua dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di sini seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas perdana menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhammad Shafee: Anda telah menyimpan semua dokumen penting ini di dalam rumahnya (sepupu) dan bukan di rumah anda sendiri. Kenapa begitu

Amhari Efendi: Saya fikir ada … menjelang pilihan raya, arahan dari ketua staf adalah untuk mencincang semua dokumen yang perlu dicincang, memfailkannya dengan sewajarnya.

“Apabila perlu, berikannya kembali kepada ketua staf supaya dapat difailkan dengan sewajarnya. Itulah cara ia berfungsi. Ia adalah pejabat besar yang semua orang mempunyai kertas sendiri. Dan simpan yang sangat penting supaya selepas pilihan raya, sebahagiannya digunakan semula. Itu adalah arahan.

“Pada masa itu saya sangat sibuk. Saya juga terlibat dengan pilihan raya, kempen, kebanyakan kerja bukan berkaitan ekonomi. Jadi kerja-kerja pilihan raya yang saya lakukan kebanyakannya di rumah saya.” Melakukan kempen, mesej media sosial untuk Datuk Seri Najib dan sebagainya dan cara begitulah ia dibahagikan.

“Suatu hari, saya memerlukan bantuan dari sepupu saya, kerana semua orang sibuk dan dia membantu saya dan saya memberitahu dia saya akan mendapatkannya tetapi saya tidak .. Terdapat beberapa kotak sahaja. Kebanyakan bahan pilihan raya, bahan media sosial , berada di rumah saya, tidak relevan dengan serbuan, “katanya.

Antara dokumen yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam Perbadanan Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) Martin Edelman.

Muhammad Shafee: Ini adalah cara anda menyembunyikan dokumen. Anda memutuskan untuk bekerja dengan SPRM supaya masalah anda akan diperlakukan dengan ringin, atas kesalahan yang jelas anda lakukan. Maksud saya, anda masih tidak didakwa. Ini adalah aksi pukul memukul (tit-for-tat), di mana anda memberikan beberapa maklumat untuk mereka yang akan menyalahkan klien saya.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");