Perak Hari Ini

Saya Tetap Teguh Menyokong Kepimpinan Parti – Howard

howard lee

IPOH: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak, Howard Lee Chuan How, menyifatkan bahawa beliau berpuas hati dengan partinya.

Katanya parti politik merupakan sebuah organisasi yang merentasi kepentingan individu.

“Bagi saya, parti adalah organisasi yang merentasi individu dan saya akan akur dengan segala keputusan parti.

“Saya akan tetap teguh menyokong kepimpinan parti saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan tindakan dua ahli jawatankuasa DAP negeri yang meletak jawatan semalam berikutan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Apabila diminta mengulas perkara tersebut, Howard berkali-kali mengulangi kepada pemberita, “Saya tetap teguh menyokong kepimpinan parti saya,”.

“Tanyalah 100 kali pun, itu tetap respons saya. Sebab saya ini orang parti. Parti adalah parti. Tidak wujud isu individu di sini,” tambahnya.

Selain itu, beliau yang juga Adun Pasir Pinji berkata akan menyerahkan kepada parti berhubung isu tersebut.

“Saya orang parti dan akan akur dengan keputusan parti. Komen saya terhadap isu ini ialah saya akan ikut kepada keputusan parti,” katanya.

Semalam, Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih masing-masing melepaskan jawatan mereka sebagai Timbalan Bendahari DAP negeri dan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak, berkuat kuasa serta-merta.

Thye Yih, dilaporkan turut menyebut bahawa ramai ahli DAP tidak berpuas hati terhadap Kor Ming kerana tindakan dan cara pengendaliannya yang tidak mengikut perlembagaan parti serta menunjukkan sikap diktator dalam setiap tindakannya.

Keputusan untuk melepaskan jawatan itu adalah berikutan tindakan Kor Ming yang mahu membincangkan kedudukan Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong, yang juga Exco di peringkat Pakatan Harapan (PH) tanpa merujuk jawatankuasa parti DAP terlebih dahulu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");