Sukan Hari Ini

Selangor Tempah Tiket Separuh Akhir

SHAH ALAM: Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Memetik laporan BH Online, kemenangan itu menyaksikan Red Giants mara dengan agregat 3-2 selepas tewas 0-1 pada aksi pertama di Stadium Perak, Ipoh, minggu lalu.

Anak buah B Sathianathan bagaimanapun terpaksa berdepan laluan getir apabila bakal berdepan juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir.

Bagi Perak pula, kekalahan itu menyebabkan mereka gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu.

Malam gemilang anak buah Sathianathan bermula dengan jaringan Syazwan Zainon pada minit ke-33 selepas merembat masuk bola berpunca daripada sepakan penjuru Endrick Dos Santos.

Khyril Muhymeen Zambri menggandakan jaringan buat Red Giants apabila meledak gol kedua pada minit ke-45 selepas mudah menyudahkan hantaran Ifedayo Olusegun.

Bekas pemain kebangsaan berusia 32 tahun itu sekali lagi menceriakan seluruh penyokong Selangor apabila meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-67.

Perak cuba bangkit memburu jaringan dengan beberapa percubaan dan usaha mereka berhasil selepas rembatan deras Brendan Gan pada minit ke-83 menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

Jaringan itu bagaimanapun belum cukup untuk Bos Gaurus merebut slot separuh akhir dengan kedudukan 3-1 memihak Selangor kekal hingga wisel penamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");