Berita Hari Ini

Semua sekolah di Kuala Lumpur dibuka semula esok

KUALA LUMPYR – Kesemua sekolah di Kuala Lumpur yang ditutup pada Khamis dan Jumaat lalu dibbuka semula esok.

Menuut kenyataan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekurtuan Kuala Lumpur, pengoperasian semula itu melibatkan 296 buah sekolah.

Katanya, tindakan pengoperasian semula itu diambil berikutan bacaan Indeks Pencenaran Udara (IPU) di stesen Batu Mudan dan Cheras berada di bawah 200 pada jam 5 petang dengan tren bacaan semakin menurun.

“Sebarang perubahan dan makluman tertentu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Katanya, pihak pengurusan sekolah diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan di samping mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang msa. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");