Berita Hari Ini

Semua Sekolah Di Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya Ditutup Esok Akibat Jerebu

Bermula Khamis, semua sekolah di Selangor akan ditutup selama dua hari manakala sekolah-sekolah di Pulau Pinang dan Putrajaya akan ditutup selama satu hari akibat jerebu yang melanda negara.

Arahan itu dikeluarkan secara berasingan oleh sekretariat kerajaan negeri Selangor, serta pengarah pendidikan negeri Pulau Pinang dan Putrajaya.

Di Selangor sahaja, lebih setengah juta pelajar terbabit dengan penutupan sekolah yang telah dikuatkuasakan di kawasan-kawasan tertentu di mana bacaan Indeks Pencemaran Udara mencapai lebih dari 200, yang dianggap sebagai “tidak sihat”.

Dalam satu kenyataan, sekretariat kerajaan negeri berkata penutupan dua hari itu dikuatkuasakan selepas mengambilkira ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa jerebu akan berterusan sehingga minggu depan lapor MKini.

“Penutupan sementara sekolah akibat jerebu adalah untuk memastikan kesihatan pelajar tidak terjejas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");