Perak Hari Ini

Spritzer Rai Ulang Tahun Ke-30

TAIPING – Pengeluar air minuman terkemuka, Spritzer Bhd (Spritzer) baru-baru ini telah menganjurkan majlis makan malam bersempena dengan sambutan ulang tahun syarikat tersebut yang ke-30.

Menerusi satu kenyataan, majlis yang diadakan di Spritzer EcoPark, di sini, itu dihadiri lebih daripada 1,500 orang tetamu yang terdiri daripada rakan perniagaan, kakitangan syarikat, dan pengamal media.

Ketua Pegawai Eksekutif Spritzer Bhd, Kenny Lim dalam ucapannya menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada syarikat sepanjang tempoh 30 tahun beroperasi.

“Di Spritzer, kami berpegang teguh kepada empat nilai teras utama iaitu integriti, boleh dipercayai, saling hormat menghormati dan membincangkan segala idea terhadap apa juga cabaran yang dihadapi secara terbuka,” katanya.

Ujarnya, Spritzer telah melabur lebih daripada RM200 juta bagi projek menaik taraf ke arah Industri 4.0 dalam masa tiga tahun akan datang.

“Projek ini termasuk penambahan ‘production line’, teknologi terkini dan Gudang automatik (ASRS) yang menampilkan ciri-ciri bangunan hijau mengikut piawaian antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau lagi, keseluruhan projek tersebut merupakan usaha dalam meningkatkan kapasiti serta menambah margin keuntungan syarikat.

Pada majlis tersebut, tetamu yang hadir turut dibawa melawat ke kilang pengeluaran Spritzer selain bermain golf di padang golf mini di Spritzer EcoPark.

Majlis makan malam turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi tempatan Ayda Jebat serta pasangan duo Fuying dan Sam.

Diasaskan pada tahun 1989, Spritzer merupakan satu-satunya syarikat pengeluar air minuman dalam botol yang tersenarai di Bursa Malaysia dan merupakan pengeluar secara bersepadu yang terbesar, dengan anggaran perolehan tahunan melebihi RM300 juta.

Spritzer kini berjaya menguasai lebih 40 peratus pasaran air minuman dalam botol di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");