Berita Hari Ini

SPRM Akan Dakwa Bekas Pengarah Urusan Felcra

PETALING JAYA: Seorang bekas pengarah urusan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dengan pelbagai pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata Rohaizat Ahmad sudah diminta ke mahkamah pada 8.30 pagi esok dan akan didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan suapan.

Rohaizat ditahan SPRM pada September 2018.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin yang juga bekas pengerusi bukan eksekutif Felcra bersama isterinya, Zizie Ezette didakwa menerima suapan berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah bernilai RM150 juta.

Ketua Umno Sabah itu didakwa mendapatkan RM2.2 juta, RM262,500 dan RM337,500 daripada 2 ejen unit amanah melalui akaun pelaburan milik Zizie lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");