Berita Hari Ini

Sultan Ismail Petra gering tapi stabil – Tengku Temenggong Kelantan

Ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra sedang gering namun berada dalam keadaan stabil, kata Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

“Saya rasa seperti yang diketahui umum tuanku (Sultan Ismail Petra) sedang berada di hospital. Setakat ini Alhamdulillah keadaan kesihatan tuanku stabil.

“Saya berharap rakyat semua dapat berdoa semoga kesihatan tuanku akan bertambah baik di masa hadapan. Kita pun di pihak MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) sentiasa buat solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan tuanku,” katanya yang juga Yang Di-Pertua MAIK.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Jati Diri ‘Sayangi Diri, Tanah Air dan Raja’ anjuran MAIK di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak di Panji di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan program berkenaan, Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK melalui Unit Adat Istiadat sedang merangka satu Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan bagi disebarluaskan kepada masyarakat di seluruh pelusuk negeri ini.

“Saya juga berharap, usaha menyediakan Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan ini akan berjaya memberikan satu mekanisme baharu dalam memperkasakan rakyat Kelantan yang berjati diri ‘Sayangi Diri, Tanah Air dan Raja”.

“Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan ini dijangka akan diap sepenuhnya pada 2020, Insya-Allah,” katanya lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");