Perak Hari Ini

Syarikat Perlombongan Didenda RM40 Ribu Abai Keselamatan Pekerja Sehingga Maut

IPOH- Sebuah syarikat perlombongan, Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen diatas pertuduhan gagal mengadakan penaksiran risiko sehingga menyebabkan kemalangan maut keatas seorang pekerjanya pada Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan didapati telah gagal untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerja, iaitu gagal mengadakan penaksiran risiko untuk kerja-kerja pengurusan motorsikal dalam kawasan lombong.

Terdahulu, kemalangan berlaku pada 8 Mac 2019, jam 9.44 pagi dimana mangsa yang bertugas sebagai “senior supervisor” sedang menjalankan kerja penyeliaan di dalam kawasan lombong bijih timah dengan menaiki motosikal.

Mangsa, Rosli Osman, 54 telah dilanggar oleh lori pengangkut bijih yang dalam perjalanan untuk menghantar muatan bijih dari Palong No. 2 ke kawasan Jaw Crusher.

Pertuduhan yang dikemukakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Razali Shaffiee.

Syarikat berkenaan yang diwakili Ketua Keselamatannya, Mohd Hafiz Tarmizi Hamzah, 43 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Puan Norashima Khalid

Mahkamah memutuskan syarikat berkenaan dijatuhkan hukuman denda RM40,000 atau 9 bulan penjara jika gagal bayar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");