Membawang Hari Ini
Like

“Tak Payah Ajar Wanita Cara Berpakaian”

September 6, 2019
253 Views
0 Comments
1 minute read
“Tak Payah Ajar Wanita Cara Berpakaian”

Penampilannya sering dikritik netizen gara-gara terlalu seksi dan mencolok mata, sudah tentu ramai yang akan menasihati Sharifah Sakinah mengenai cara pemakaiannya itu.

Bagaimanapun, pasti ramai tahu Sakinah tidak mudah melatah dan enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif serta kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya.

Nampaknya, perkongsian terbaru Sakinah sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu memberitahu agar berhenti ajar wanita bagaimana cara untuk berpakaian.

Seperti sudah dijangka, kapsyen tersebut mengundang kecaman netizen yang menyindirnya malah turut meminta dia berkata seperti itu dengan Tuhan. Malah ada yang mempersoalkan adalah dia benar-benar seorang Muslim.

Tidak hanya berdiam diri, Sakinah turut mempersoalkan mengapa netizen hanya berani menegurnya di sosial media tetapi tidak berani menegur secara depan-depan atau ketika melihatnya di luar.

Namun, ada segelintir pengikut mempertahankan pelakon itu dengan menyifatkan komen kecaman itu adalah kata-kata orang yang cemburu terhadap Sakinah. Tidak kurang juga ada yang meminta supaya unfollow jika tidak suka dengan perkongsian pelakon itu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.