Perak Hari Ini

Tangkap Hakim Syarie, Lans Koperal Atas Keterangan Munasabah

IPOH- Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid menyifatkan tangkapan yang dibuat keatas seorang Hakim Syarie dan Lans Koperal oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah diatas keterangan dan alasan yang munasabah.

Terdahulu, seorang Hakim Syarie ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM4,000 untuk melepaskan kes khalwat membabitkan seorang Inspektor dalam perbicaraan.

Mengulas lebih lanjut katanya, pihak polis juga akan membuat satu siasatan fereral atas anggota tersebut yang mana siasatan itu akan diambil oleh pihak jabatan integriti dan pematuhan standard perak (JIPS).

“Kes juga masih dalam reman SPRM dan pihak polis akan menuggu sehingga siasatan tersebut selesai,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut laporan, kedua-dua mereka direman selama lima hari bermula semalam hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

 

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK (Operasi) Perak, Asisten Komisioner (ACP) G S Suresh Kumar telah dilantik sebagai Ketua JPJKK Perak yang baharu dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) hari ini.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas tersebut disaksikan oleh Razarudin Husain di Mes Pegawai Kanan PDRM, di sini, hari ini.

Dalam ucapan, Razarudin Husain turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ketua JPJKK, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham diatas khidmat beliau.

Mohamad Laham akan menamatkan perkhidmatannya selama 37 tahun dalam pasukan polis selepas bersara pada Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");