Berita Hari Ini

Tidak Timbul Isu Pecah Perintah Dalam Lantikan Pengerusi MPPK Sarawak

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan tidak timbul isu ‘memecah perintah’ rakyat Sarawak di peringkat kampung dalam pelantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) di negeri itu.

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa berkata kerajaan hanya akan melantik Pengerusi MPPK bagi setiap kampung dan tidak akan menggantikan Ketua Kaum atau Tuai Rumah sedia ada yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah ‘Community Chief and Head Ordinance 2004’.

“Saya merujuk kepada kenyataan ketika pertemuan dengan pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat di Kuching, Sarawak pada Ahad 15 Sept lepas, bahawa tidak lama lagi Kerajaan Persekutuan akan melantik Pengerusi MPPK untuk setiap kampung.

“Kenyataan saya itu telah dipetik dan dilaporkan oleh media Sarawak dan sebuah portal berita sehingga mengundang reaksi daripada pemimpin GPS Sarawak yang nampaknya salah faham dan memutarbelitkan kenyataan saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Beliau berkata pemimpin GPS Sarawak memberi gambaran bahawa langkah kerajaan dalam melantik Pengerusi MPKK akan ‘memecah perintah’ rakyat Sarawak di peringkat kampung dengan melantik dua orang Tuai Rumah.

Beliau dalam pada itu menjelaskan Pengerusi MPPK yang akan dilantik akan bertugas untuk melengkapi dan memperkasakan pentadbiran kampung serta turut memastikan program kerajaan dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sarawak di peringkat akar umbi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");