Perak Hari Ini

Tingkatan Enam Selangkah Ke Universiti Awam

IPOH- Pengajian di tingkatan enam sudah menjadi salah satu pilihan utama pelajar selepas melepasi Sijil Pelajaran Malaysia disamping peluang melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi ataupun menyambung pengajian di peringkat Diploma.

Namun begitu, suasana seakan berada disekolah memberikan satu persepsi kepada pelajar untuk menyambung pengajian begitu juga ibubapa yang mana mereka mahu anak-anak terus ke menara gading sekaligus dapat membanggakan mereka.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh, Mastura Kahan Saaib berkata, ramai pelajar yang tidak mengetahui malahan meletakkan persepsi yang salah bahawa jika mereka lebih memilih pusat pengajian lain, peluang adalah lebih luas tetapi sebenarnya peluang untuk memasuki universiti juga lebih luas.

“Pada tahun lalu sahaja, tawaran ke universiti yang dicacatatkan di sekolah ini berjumlah sebanyak 80 peratus dan ada sekolah yang pelajarnya menerima tawaran mencecah 90 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Katanya, sistem yang digunapakai terkini adalah sistem ‘module’ yang merangkumi tiga semester pembelajaran disamping penggunaan sistem ‘pointer’ di mana ianya sama dengan sistem pengajaran di universiti.

“Kelebih sistem ini kepada pelajar adalah, jika mereka mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, mereka diberi peluang untuk menjawab semula atau mengulang semula peperiksaan berkenaan dengan membayarnya tetapi tidak perlu memulakan semula semester yang telah lepas untuk membaiki keputusan.

“Ada juga pelajar yang mendapat keputusan A- tetapi masih mahu membaiki keputusan dan mendapatkan A bagi sesuatu subjek sekaligus membaiki keputusan peperiksaan dan mendapat keputusan CGPA 4.0,” katanya.

Kata Mastura, melalui tingkatan enam, para pelajar akan didedahkan dengan kerja kursus yang mana merangkumi markah sebanyak 20 peratus, 30 peratus dan sehingga 40 peratus yang boleh menyumbang markah kepada keputusan peperiksaan akhir sama seperti universiti.

“Tajuk bagi kerja kursus memang akan diberikan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tetapi guru dan pelajar yang akan melaksakan perkara tersebut malahan guru juga menjadi mentor dan mereka jugalah yang akan menyemak kerja kursus berkenaan.

“Perkara ini telah memberi peluang kepada guru untuk membimbing pelajar sehingga keputusan akhir yang diperoleh adalah sangat memberangsangkan.

Penjenamaan semula tingkatan enam juga memberi ruang dan peluang pelajar untuk membawa kemudahan seperti telefon bimbit dan komputer riba malahan guru-guru juga tidak perlu begitu tegas dari segi disiplin berbanding di sekolah bersama-sama pelajar arus perdana.

Selain itu katanya, penjenamaan semula telah bermula pada 2013 dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama adanya kolej kelas sepenuhnya bagi tingkatan enam, kedua kelas tingkatan enam yang melebihi 12 kelas tetapi pengoperasian bangunan berasingan dengan pelajar arus perdana dan ketiga kurang dari 12 kelas tetapi bangunan sama dengan pelajar arus perdana.

“Sebelum adanya pusat pengajian bagi tingkatan enam, kebanyakkan aktiviti di sekolah akan tertumpu kepada pelajar aliran perdana sahaja malahan tidak begitu sesuai dengan mereka tetapi dengan pengasiangan ini, kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang sesuai seperti colloquium, pembentangan pelajar dan kajian tindakan.

“Dari segi penyerta sukan, mereka juga tidak boleh mengambil bahagian secara semberono tetapi melalui pendekatan ini, mereka akan dapat mengambil bahagian serta menguruskan perkara yang berkaitan sehinggakan pada akhirnya hasil menunjukkan pengasingan ini menunjukkan adanya lebih banyak kebaikkan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek pernah berkata, tiada nisbah khusus antara calon STPM dan Matrikulasi diberi keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke UA kerana syarat am kemasukan ke peringkat ijazah pertama adalah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");