Berita Hari Ini

Tragedi Gimik Operasi: Anak AR Badul Maut Terkena Tembakan

KOTA KINABALU: Acara pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Lok Kawi, pagi tadi, bertukar tragedi apabila salah seorang pegawai yang melakukan gimik operasi maut terkena tembakan.

Memetik laporan BH Online, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila mangsa, Mejar Zahir Armaya A R Badul, berlakon sebagai pengganas sambil memakai baju kalis peluru dan ditembak.

Bagaimanapun, tembakan itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah sebelum diberi bantuan kecemasan oleh anggota tentera lain dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Difahamkan, mangsa adalah anak kepada pelakon dan pelawak terkenal tanah air, AR Badul.

Sementara itu, mangsa difahamkan tiba di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 9.20 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");