Berita Hari Ini

Tun M Tiba Di Russia Untuk Lawatan Kerja 3 Hari

VLADIVOSTOK, Russia: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini petang ini untuk lawatan kerja tiga hari sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) yang bermula malam ini.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok di sini, disambut disambut Timbalan Gabenor Vladivostok, Melnikov Oleg.

Turut serta dalam rombongan Malaysia ke forum itu ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darrel Leiking.

Dijangka, EEF tahunan siri ke-5 ini yang diadakan di kampus Far Eastern Federal University, Russky di sini, dihadiri lebih 6,000 peserta dari Russia dan seluruh dunia.

Selain Presiden Russia, Vladimir Putin dan Dr Mahathir, EEF kali ini turut disertai Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");