Membawang Hari Ini

“Ubah Suai Ysuku Je, Bukan Berlumba Pun”

IKON Kelab Spark Malaysia, Mohd Noor Murad, 34, atau Mamat Raja Lawak berharap isu pengubahsuaian motosikal Y15ZR atau Ysuku tidak mendatangkan masalah besar terhadap selebriti.

Mamat berkata, pengubahsuaian motosikal itu dalam kalangan artis sekadar hobi yang memenuhi masa lapang.

“Dalam sehari dua (ini), Ysuku hangat diperkatakan sebaik polis memerhatikan kenderaan itu yang diubah suai tanpa mengikut spesifikasi.

“Saya cuma nak bertanya, berapa ramai selebriti berlumba haram atau ada dengar Nur Sajat menganjurkan perlumbaan lima kilometer dengan pertaruhan RM10,000,

“Rasanya tidak. Bagi saya pengubahsuaian motosikal Ysuku hanya hobi semata-mata,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dia yang juga Presiden Kelab Spark Johor memuji usaha polis kerana segelintir penunggang motosikal sering mendatangkan masalah di jalan raya, kawasan perumahan dan kedai makan.

Katanya, kebanyakan selebriti mengubahsuai motosikal itu dengan berhabis puluhan ribu ringgit untuk kepuasan diri.

“Pada masa sama, artis mempromosikan kedai aksesori dan bengkel motosikal yang dimiliki orang Melayu,” katanya yang kini aktif semula menunggang motosikal.

Begitupun, Mamat menasihatkan pemilik motosikal tidak menunggang secara berbahaya kerana memberi kesan terhadap pemandu lain.

“Saya bimbang, jika tidak menjaga etika jalan raya pihak berkuasa akan menyenarai hitam banyak lagi jenis motosikal,” katanya.

Menurutnya, selain bola sepak aktiviti permotoran dilihat menyatupadukan semula masyarakat Melayu.

“Selama ini kita berpecah akibat kewujudan banyak parti politik. Oleh itu program permotoran dianjurkan dan ia mampu menjana ekonomi peniaga Bumiputera,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");