Berita Hari Ini

Usah Gugat Perpaduan Rakyat – TPM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat dan negara ini diganggu gugat dengan anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa saja yang terbaik supaya perpaduan rakyat Malaysia semakin mantap dan kukuh.

“Akan sentiasa terdapat golongan pelampau yang suka mengapi-apikan isu perkauman untuk kepentingan tertentu.

“Ada juga kelompok yang cuba menghasut dan mengadu domba supaya negara kita berpecah-belah. Kita tidak akan membiarkan rakyat dan negara ini diganggu gugat,” katanya dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Malaysia, lapor BH Online.

Beliau berkata 16 September setiap tahun adalah tarikh bersejarah bagi Malaysia.

“Pada tarikh ini, tahun 1963, penubuhan negara Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak diumumkan dengan rasminya.

“Hari ini, kitalah pewaris negara ini. Seperti generasi awal dulu, kita juga menghadapi pelbagai cabaran yang getir dan rumit,” katanya.

Beliau berkata, antara cabaran utama kepada perpaduan adalah rakyat yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Bandaraya Kuching, Sarawak, bakal menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia, esok dengan pelbagai persembahan melambangkan kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini bakal disajikan buat pengunjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");