Berita Hari Ini

Video Tahanan Uighur Ditutup Mata, Rantai Kaki Tersebar

CANBERRA: Menteri Luar Australia menggambarkan rakaman mengerikan ratusan tahanan di China ditutup mata dan dirantai sebagai ‘amat mengganggu.’

Menurut BH Online, rakaman itu menunjukkan lelaki Islam Uighur di stesen kereta api sedang dipindahkan, kemungkinan ke kem tahanan, oleh polis China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Parti Komunis menahan sehingga sejuta penduduk Uighur di kem tahanan di Xinjiang.

China menyangkal keras dakwaan itu.

Rakaman itu, yang tidak dapat disahkan secara bebas, disiarkan di YouTube minggu lalu oleh akaun yang baharu dihasilkan,

War on Fear.

Klip juga disiarkan di Twitter oleh pengendali @warcombatfear.

“Sasaran kami adalah untuk memerangi ketakutan.

“Masyarakat hari ini hidup dalam pemerhatian kerajaan dengan teknologi tinggi.

“Rakyat hilang kebebasan,” menurut keterangan video.

Ia menambah, pemimpin Parti Komunis China menggelar diri mereka patriotik dan sayangkan rakyat.

Kenyataannya, mereka cuma sayangkan parti dan kuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");