Perak Hari Ini

Warga Turki Yang Dihantar Pulang Akan Dibela

GERIK- Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yakin enam sekeluarga rakyat Turki yang dihantar pulang ke negara mereka selepas dipercayai terlibat dengan pengganas akan diberikan pembelaan sewajarnya di sana.

“Saya yakin mereka akan mendapat keadilan di bawah sistem perundangan di negara itu apabila diserahkan untuk menjalani proses undang-undang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas hadir pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Hamid, pihak polis tidak menghantar enam individu termasuk empat kanak-kanak itu secara semborono kerana pihak Turki telah yakin individu berkenaan terlibat dalam aktiviti keganasan.

“Kita dapat maklumat bahawa guru berkenaan terlibat dalam satu kumpulan yang melancarkan rampasan kuasa berdarah menyebabkan 200 orang mati,” katanya.

Tambahnya, kesemua ahli keluarga berkenaan dibawa pulang oleh pihak polis Turki menaiki penerbangan biasa minggu lalu yang diuruskan pihak kedutaan negara tersebut di Malaysia.

Abdul Hamid turut menegur Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) agar tidak membuat sebarang tuduhan melulu terhadap PDRM mengenai insiden tersebut.

“Kalau tidak puas hati mereka boleh datang ke pejabat saya dan saya nak jelaskan kepada mereka kerana saya yakin mereka akan dapat pembelaan dari segi undang-undang dan apabila ada kaitan dengan keganasan kita beri kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihaknya tidak memiliki maklumat sama ada enam keluarga Turki yang dihantar pulang ke negara asal akan disiksa atau tidak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");