Membawang Hari Ini

Yuna Bernaung Bawah Agensi Pemodelan Terbaik AS

KUALA LUMPUR – Penyanyi kebanggaan Malaysia, Yuna terus melakar kejayaan demi kejayaan di pentas antarabangsa.

Terbaharu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 32, kini bernaung di bawah agensi pemodelan terkemuka dunia dan terbaik Amerika Syarikat (AS), Wilhelmina Models.

Menurut Kosmo Online, berita membanggakan itu dikongsi pelantun lagu Crush itu melalui laman Instagramnya pada Selasa.

“Ini berita yang saya ingin kongsi dengan anda semua – saya sekarang bernaung di bawah @wilhelminamodels! Siapa sangka kita mampu lakukan,” tulis Yuna pada ruangan kepsyen foto dirinya bergambar di agensi permodelan tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi daripada orang ramai termasuk penyanyi kebanggaan Indonesia, Anggun.

“Anda memang sangat cantik dan berita ini bukan satu kejutan. Tahniah!, “ titip Anggun pada ruangan komen.

Wilhelmina Models bukan hanya mewakili model tetapi ramai selebriti antarabangsa lain.
Antara selebriti popular lain Yuna akan berkongsi bumbung termasuk Shawn Mendes, Nicki Minaj, Sofia Richie, Niall Horan dan Machine Gun Kelly.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Yuna sebagai selebriti Malaysia kedua yang diwakili agensi pemodelan antarabangsa selepas Neelofa yang menandatangani kontrak dengan Established Models dan IMG Models hujung tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");