Perak Hari Ini

5,000 ‘Bikers’ Bakal Ke Perak Bikers Carnival 2019

IPOH: Hampir 5,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dijangka menghadiri Perak Bikers Carnival 2019 yang akan diadakan di Movie Animation Park Studios (MAPS) dekat sini selama tiga hari bermula 18 Oktober nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata acara yang julung kali diadakan di taman tema itu turut bakal disertai peserta daripada Singapura dan Thailand.

Ujarnya selain karnival tersebut, terdapat juga beberapa acara dan program lain di sekitar Ipoh pada tarikh sama yang mana ia dilihat mampu membawa impak yang besar kepada pelancongan di Perak.

“Selain Perak Bikers Carnival 2019, kita akan ada juga acara seperti Miss Cosmopolitan 2019 dan International Ipoh Fashion Week 2019 yang mana berlangsung pada tarikh yang sama.

“Tiga program ini melibatkan bukan sahaja peserta domestik, malah antarabangsa. Seperti Perak Bikers Carnival, kita akan ada peserta daripada Singapura dan Thailand.

“Penganjuran program seperti ini bukan hanya sekadar mempromosikan pelancongan di Perak malah, para peserta akan bermalam, dan berbelanja di sini.

“Secara tidak langsung ia memberi limpahan ekonomi terhadap pengusaha dan pemain industri pelancongan di Perak. Ini sekali gus memberi impak kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Perak Bikers Carnival 2019 di MAPS Meru Raya, di sini, hari ini.

Karnival tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Pelancongan Perak, Tourism Perak dan beberapa agensi Kerajaan Negeri yang lain.

Menurut Presiden Persatuan Pelancongan Perak, Datuk Odzman Abdul Kadir selain lebih 20 gerai jualan, Perak Bikers Carnival juga akan dimeriahkan lagi persembahan dengan konsert oleh enam kumpulan rock seperti Bloodshed dan May.

Difahamkan beberapa aktiviti lain turut akan berlangsung seperti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti Yamaha Y15ZR dan pakej percutian berkumpulan bermalam di atas rumah bot Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Tasik Banding, dekat Gerik.

Acara kemuncak yang berlangsung pada 20 Oktober nanti ialah acara konvoi motosikal berkuasa tinggi yang mana kesemua peserta akan berarak dari MAPS sehingga ke Taman Tema Lost World Of Tambun yang mana Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadualkan hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");