Berita Hari Ini

9 Anggota Polis Langgar Arahan Kunjungi Pusat Hiburan Ditahan

Sembilan anggota polis ditahan dalam serbuan di ibu negara akan diambil tindakan tatatertib kerana melanggar arahan mengunjungi pusat hiburan.

Kesemua sembilan anggota terbabit ditahan di dua pusat hiburan malam tadi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Zamri Yahya dipetik laporan Bernama berkata, anggota berusia 23 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula pukul 10.30 malam.

“Kesemua mereka ini ditahan atas kesalahan berada dalam pusat hiburan dipercayai sedang berhibur.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka adalah negatif,” kata beliau.

Sehubungan itu kata Zamri berkata tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap kesemua anggota ditahan kerana melanggar arahan dan larangan daripada mengunjungi pusat hiburan.

Julai lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat bagi mengelakkan amalan rasuah.

Abdul Hamid mendedahkan, selain rasuah berbentuk wang tunai, segelintir polis di negara ini didapati leka dengan sogokkan daripada tauke-tauke judi dan pusat hiburan.

“Ada polis yang selalu ditawarkan oleh tauke-tauke pusat hiburan untuk sesi berhibur dengan percuma.

“Ada yang sambut dan anjur majlis hari jadi di pusat hiburan. Anggota polis, bayangkan! buruk ke tidak? Anggota polis meraikan hari jadi dalam premis hiburan secara percuma! Itu adalah rasuah, sehingga ada yang mati dan ada yang ambil dadah,” katanya.

Kata beliau, JIPS telah diberi arahan untuk mereka turun dan memantau bagi menguatkuasakan arahan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");