Membawang Hari Ini

Abby Abadi Syukur Tiada Lagi Pendarahan Di Paru Paru Anak

Semalam, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal memaklumkan bayi mereka berada dalam keadaan kritikal akibat berlaku pendarahan dalam paru-parunya. Bagaimanapun, hari ini mereka memaklumkan keadaan anak mereka semakin baik.

Menerusi Instagram, suami Abby memberitahu pendarahan pada paru-paru anaknya juga sudah tiada dan ada peningkatan positif. Malah, menerusi Insta Story, Abby memberitahu kesihatannya kini juga bertambah baik.

Menerusi perkongsian tersebut, suami Abby turut mengumumkan nama anak mereka yang sebelum ini digelar baby D iaitu Muhammad Danial Firman Faizal.

Dalam pada itu, suami Abby turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak mereka dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Sehingga harini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan. Semoga Baby D cepat sihat dan diharap Abby serta suami terus kuat untuk anak mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");