Berita Hari Ini
Like

‘Ada Pekerja Utusan Akan Diambil Di Bawah Syarikat Baru’

October 10, 2019
215 Views
0 Comments
1 minute read
‘Ada Pekerja Utusan Akan Diambil Di Bawah Syarikat Baru’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata hanya sebahagian daripada pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang akan diambil semula untuk bekerja di bawah syarikat baru Aurora Mulia Sdn Bhd.

“Utusan akan ditutup, akan ada syarikat baru yang ambil alih Utusan, tetapi mengenai pekerja, ada yang akan diambil bekerja dengan Utusan baru,” katanya kepada media apabila diminta mengulas mengenai nasib penerbitan berusia 80 tahun itu.

Sebagai rekod, Utusan, yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo ! mempunyai lebih 800 kakitangan.

Aurora Mulia, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan jutawan perniagaan, Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah membeli kepentingan 70 peratus dalam anak syarikat milik penuh Dilof Sdn Bhd, yarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan.

Semalam adalah hari bekerja terakhir bagi kakitangan Utusan untuk mengumpul barang-barang mereka sebelum tarikh akhir perkhidmatan yang telah ditetapkan pada 31 Oktober.

Walau bagaimanapun, operasi syarikat itu dihentikan semalam.

Syarikat itu juga telah melantik firma perakaunan dan perundingan bebas UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pihak penyelesai interim.

Utusan telah memulakan pembubaran secara sukarela selepas tidak dapat membayar hutang, serta membayar gaji pekerjanya selama beberapa bulan lapor MKini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.