Berita Hari Ini

Ahli Parlimen Tak Hadir Sidang Sudah Diberi Amaran, Kata PM

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat sudah diberikan amaran selepas persidangan terpaksa ditangguhkan minggu lalu akibat kekurangan korum.

“Kita sudah bincang dengan mendalam di dalam Kabinet. Kita dapati menteri kadang-kadang berada di luar negera kerana terlalu banyak mesyuarat peringkat antarabangsa.

“Ahli-ahli Parlimen biasa juga kadang-kadang ada masalah lain. Kadang-kadang mereka ada di dalam bangunan ini (Parlimen), tetapi tidak ada di dalam Dewan Rakyat.

“Jadi, mereka boleh dipanggil dengan menggoncangkan loceng. Kita juga bagi amaran kepada mereka supaya menentukan mereka hadir,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 17 Okt lalu, ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan kerana kehadiran mengecewakan ahli Parlimen sepanjang persidangan kali ini.

Sekurang-kurangnya 26 ahli Parlimen perlu berada di dalam dewan ketika sesi perbahasan atau mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Hari ini, Mahathir berkata, isu melibatkan kekurangan korum dihadapi setiap kerajaan dan berdasarkan pengalamannya, perkara sama turut berlaku di Amerika Syarikat.

“Ini berlaku kepada mana-mana kerajaan, kalau saya pergi ke kongres di AS, saya dapati hanya seorang yang bercakap dan seorang lagi mendengar.

“Tetapi, mereka tidak pernah membangkitkan soal korum. Soal korum ini bangkit apabila kadang-kadang ia melibatkan politik.” lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");