Membawang Hari Ini

Aishah Azman Lega Putus Tunang Dengan Syafie Naswip

Berdepan episod duka apabila ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip selama tiga bulan putus di tengah jalan pada Jun lalu, Aishah Aman berkata hidupnya kini lebih bahagia selepas putus tunang.

Menurut Aishah, dia kini sudah move on dan tidak mahu lagi mengenang kembali pengalaman hitam yang dilaluinya sebelum ini. Meskipun terpalit kontroversi konflik dengan bekas tunangnya, namun ia tidak memberi impak pada kerjayanya.

“Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik, rasa lebih lega. Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata Aishah kepada mStar Online.

Kata Aishah lagi, dia bersyukur kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada keluarganya. Dalam pada itu, Aishah tidak bersetuju kontroversi yang berlaku itu menaikkan namanya.

“Alhamdulillah keluarga saya memberi dorongan dan sokongan yang sangat baik pada diri saya dan tidak pernah putus membantunya.

“Tawaran berlakon yang saya terima bukan disebabkan kes tersebut, malah tawaran diberikan sebelum kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, Syafie dan Aishah putus tunang pada 21 Julai selepas berlaku insiden tidak diingini apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah. Pelakon yang terkenal dengan filem Mukhsin itu turut ditahan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan ugut dan mendatangkan kecederaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");