Sukan Hari Ini

Amanat Hamidin Buat Pemain

TAMPIL lebih meyakinkan. Itu permintaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pemain skuad Harimau Malaya jika mahu menang ke atas Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, malam esok.

Beliau berkata, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak perlu gentar apabila beraksi di gelanggang lawan dan tidak perlu lagi mengimbau kekalahan lalu apabila tewas kepada pasukan bergelar Naga Emas itu.

“Jika mahu pulang dengan kemenangan, pasukan negara perlu tampil dengan persembahan terbaik mereka malam esok.

“Saya mengingatkan kepada pemain supaya tidak gentar berdepan Vietnam kali ini walaupun dua kali tewas kepada pasukan itu tahun lalu kerana kita pernah menewaskan mereka 4-2 di Stadium My Dinh pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014,” katanya pada taklimat ringkas kepada pemain Harimau Malaya, hari ini, lapor Harian Metro.

Malaysia bertemu Vietnam malam esok pada aksi ketiga Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");