Panasnya Hari Ini

Anggota PKR Perlu Bersifat Terbuka Terima Bekas Pemimpin Pembangkang – Shamsul

KUALA LUMPUR – Semua anggota PKR harus bersifat terbuka dalam menerima kemasukan tokoh yang dapat memberi manfaat kepada parti, kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Kita (anggota PKR) mestilah ada sifat terbuka untuk menerima tokoh-tokoh yang dapat beri nilai tambah kepada Parti Keadilan (PKR), apatah lagi dalam konteks Sabah dan Salleh (Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak) sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman tentunya dapat membantu Parti Keadilan Sabah.

“Saya harap akar umbi juga ambil kita pandangan parti-parti yang lain kerana parti lain juga menerima bekas pemimpin parti kerajaan lalu.

“Justeru jangan kita bersifat pilih kasih sementara kita lihat parti-parti sahabat dalam komponen PH menerima anggota-anggota parti lawan atau pembangkang,” kata Timbalan Menteri Industri Utama itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Terdahulu hari ini, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Mustapha Sakmud dalam satu kenyataan berkata, beliau terkesan dan merasai kebimbangan pimpinan dan ahli-ahli parti seluruh negeri itu dengan permohonan Salleh Said untuk sertai PKR.

Mengulas kebimbangan yang disuarakan itu, Shamsul Iskandar berkata sebelum ini juga terdapat pandangan berbeza berkenaan permohonan menjadi ahli PKR oleh individu tertentu, tetapi tidak menjadi halangan kepada parti itu menerima keanggotaan setelah meneliti segala aspek.

“Tidaklah menjadi amalan kita untuk menolak dengan begitu sahaja, mestilah mempunyai alasan-alasan tertentu. Jadi biarlah perkara ni kita bawa dulu dalam mesyuarat,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");