Panasnya Hari Ini

Anwar: Itu Pendirian Peribadi Azmin, Saya Serah Pada PH

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjelaskan kenyataan timbalannya Mohamed Azmin Ali yang berharap Dr Mahathir Mohamad dibenarkan menjadi perdana menteri sehingga habis penggal sebagai “pendapat peribadi”,

Anwar bagaimanapun berkata beliau menyerahkan keputusan berkaitan peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan untuk membuat keputusan bersama.

“Itu pendapat peribadi (Azmin).

“Saya sudah ulas dan keputusan ini. Dalam mana-mana sistem demokrasi berparlimen adalah keputusan parti yang memerintah.

“‘Maknanya saya serah kepada Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Azmin mengambil pendirian untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri sehingga tempoh mandat pilihan raya umum ke-14 berakhir.

Malah menurut Azmin, mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai “kerajaan pintu belakang”.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau sedang berkomplot dengan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein untuk membentuk “kerajaan pintu belakang”.

Pendekatan “kerajaan pintu belakang ini” dilaporkan akan menyaksikan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah serta menggagalkan rancangan presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

Mengikut perancangan, Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, namun tiada masa yang khusus dinyatakan untuk proses peralihan tersebut.

Mahathir beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa beliau akan melepaskan jawatan tersebut kepada Anwar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");