Berita Hari Ini

Azmin Dedah 84 Aset Khazanah Dijual Ketika Pentadbiran Najib

PUTRAJAYA: Putrajaya mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir negara dahulu turut menjual aset Khazanah Nasional (Khazanah).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 84 aset Khazanah telah dijual.

“Pelupusan aset ini bukanlah satu aktiviti baharu di dalam pentadbiran tahun 2009 hingga 2018 ia telah dilakukan.

“Pada tahun 2009 yang menjadi Perdana Menteri adalah ahli Parlimen Pekan (Najib), beliau melupuskan lapan aset, 2010 lupus tujuh aset, 2011 (lapan aset), 2012 (10 aset), 2013 (enam aset), 2014 (enam aset), 2015 (10 aset), 2016 (13 aset), 2017 (12 aset) dan bagi empat bulan pertama 2018 beliau lupus empat aset.

“Jumlah aset yang dilupuskan oleh Pekan adalah 84 aset Khazanah, jadi di mana Pekan ingin menyanggah keputusan kerajaan baru (jual aset) untuk memastikan pulangan yang kita perolehi lebih baik,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang meminta menteri menjelaskan apakah justifikasi kerajaan menjual aset Khazanah yang mendatang pulangkan yang baik ketika pasaran menurun.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan, punca Khazanah mengalami kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018 dan terkejut dengan pengumuman menteri kononnya kentungan dapat dicapai sehingga RM5 bilion sedangkan banyak aset dijual.

Azmin kemudian menjelaskan, kerugian yang dihadapi pada tahun 2018 hasil kelemahan pelaburan dibuat kerajaan terdahulu.

“Kerajaan mengambil maklum bahawa Khazanah mengalami kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018, saya juga nak tegaskan kerugian dicatatkan ini adalah hasil daripada pelaburan tidak strategik oleh pentadbiran lama, aset-aset yang mereka labur tidak beri nilai tambah dan tidak beri pulang baik kepada Khazanah sebab itu kita mengalami kerugian cukup besar.

“Namun saya juga nak rakam dalam dewan ini kerugian ini sebenarnya telah tercatat dalam pentadbiran lalu tetapi tidak diambil kira rosot nilai dalam penyata kewangan, tidak berlaku ketelusan dalam pengurusan kewangan pada ketika itu.

“Sebab itu apabila kerajaan baharu ambil alih, kita mengambil kira rosot nilai yang diambil kira aset yang dibuat pentadbiran lama sebab itu kita dapat maklum kerugian dialami ialah RM6.3 bilion,” katanya.

Azmin berkata, keputusan kerajaan menjual aset Khazanah bertujuan mendapatkan pelabur baharu lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");