Berita Hari Ini

Bakke Arahkan Panggilan Telefon Daripada Najib Tidak Direkodkan Dalam Minit Mesyuarat

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah dan Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh, mengarahkan panggilan telefon daripada Datuk Seri Najib Razak berhubung usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd tidak direkodkan dalam Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Mesyuarat Lembaga Pengarah itu adalah bagi menentukan langkah seterusnya syarikat pelaburan strategik itu sama ada untuk meneruskan usaha sama berkenaan atau sebaliknya.

Menceritakan lanjut mengenai arahan Mohd Bakke itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberitahu Mahkamah Tinggi, Mohd Bakke menerima panggilan daripada Najib ketika mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009 sedang berlangsung.

Mengikut saksi pendakwaan kesembilan itu, mesyuarat berkenaan turut dihadiri ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.

“Ketika kami berkumpul dalam mesyuarat itu, saya nampak Jho Low sedang bercakap melalui telefon dengan seseorang dan terus memberikan telefon kepada Mohd Bakke.

“Bagaimanapun, Mohd Bakke meminta supaya panggilan telefon itu tidak direkodkan dalam Minit Mesyuarat.

“Kemudian saya cadangkan supaya mesyuarat itu dirakamkan secara audio, tetapi Mohd Bakke tidak bersetuju juga,” katanya.

Ditanya Muhammad Shafee, siapa yang menjemput Jho Low hadir mesyuarat itu, Shahrol Azral menjawab, “Saya yang menjemput Jho Low.”

Tujuan menjemput Jho Low menurut Shahrol Azral, adalah memintanya menjelaskan secara terus kepada Ahli Lembaga Pengarah mengenai PetroSaudi International Ltd dan bagaimana transaksi G2G (kerajaan kepada kerajaan).

“Kami kemudian membentangkan dapatan dan membuat persetujuan bersama mengenai perjanjian Joint Venture (usaha sama) PSI,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");