Berita Hari Ini

Baling Dilanda Banjir Kilat

BALING: Seramai 73 penduduk di dua kampung di Mukim Tawar, Baling, terjejas apabila rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga satu meter dalam kejadian banjir kilat, semalam.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Charok Purun membabitkan 46 mangsa dan Kampung Binjul Luar yang membabitkan sebanyak 27 mangsa.

Hujan lebat yang berlaku lebih dua jam sejak 6 petang menyebabkan saliran air di kampung berkenaan tersumbat sehingga air memasuki kawasan rumah penduduk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima laporan air mula melimpah sekitar 10 malam.

“Pemeriksaan kami mendapati air turut melimpah sehingga 0.5 meter di jalan utama Baling ke Kulim.

“Bagaimanapun tidak ada mangsa yang berpindah buat masa ini dan pusat pemindahan tersedia sekiranya bencana itu berlaku lebih teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Mohd Faizol berkata, anggota APM, bomba, polis turut dikerah memantau keadaan bagi mengelak kejadian buruk berlaku sekiranya paras air Sungai Ketil melimpah.

Ini adalah kejadian kedua banjir kilat melanda Baling dalam masa dua hari yang mana kelmarin, tiga kampung di Mukim Siong turut dilanda banjir kilat apabila hujan berterusan sejak 6 petang.

Antara kampung yang terbabit adalah Kampung Sri Ketengga, Kampung Tanjung Pari dan Kampung Bukit Sebelah lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");