Berita Hari Ini

Banjir: Batang Padang Daerah Terbaharu Terjejas Di Perak

IPOH – Batang Padang menjadi daerah terbaharu di Perak yang dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan seramai 53 orang daripada 12 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Kampung Haji Tahir, Tapah.

Menurut laporan Bernama, kesemua mangsa dari Kampung Pasir dan Kampung Batu Masjid dipindahkan berikutan hujan lebat yang mengakibatkan air takungan di Sungai Chenderiang melimpah.

Selain itu, dua lagi PPS banjir dibuka di daerah Hilir Perak iaitu di Majlis Perbandaran Teluk Intan di Langkap yang menempatkan 82 orang, manakala 16 lagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Yahya Suban, Teluk Intan, setakat pagi ini.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berikutan itu jumlah mangsa banjir di Hilir Perak meningkat kepada 176 orang berbanding 72 orang semalam dengan 78 orang berada di SK Changkat Jong, setakat pagi ini.

Semua mangsa di Hilir Perak adalah dari Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Kampung Attaduri Lama, Kampung Chikus, Kampung Chikus Parit 39, Kilang Kacang, Sungai Lampam dan Parit 5 Pengkalan Ara.

Di daerah Kerian, seramai 145 mangsa banjir dari kampung terjejas dari Jalan FT 147 Bagan Serai-Selama dan Kampung Matang Tengah pula ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak yang kini ditempatkan di lima PPS adalah 374 orang berbanding 206 orang semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");