Berita Hari Ini

Banjir: Tiga PPS Dibuka Di Tiga Daerah Di Perak

IPOH – Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir dibuka di Perak menjadikan jumlah keseluruhan yang dibuka sejak semalam akibat banjir kilat meningkat kepada tiga.

PPS yang baru dibuka semalam ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong dan Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Malau masing-masing di daerah Hilir Perak serta Hulu Perak, manakala PPS di DOR Kampung Sungai Klah Baru di daerah Batang Padang dibuka sejak Khamis malam.

Setakat ini, seramai 194 mangsa daripada 58 keluarga ditempatkan di ketiga-tiga PPS itu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata di daerah Hilir Perak, 92 penduduk daripada 23 keluarga ditempatkan di SK Changkat Jong, Teluk Intan, yang dibuka pada pukul 11 malam tadi.

“Ia melibatkan mangsa dari Kampung Batu 9, Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Lorong Sidang Osman dan Batu 8,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurutnya bagi daerah Hulu Perak pula, 21 mangsa daripada lapan keluarga di Kampung Malau Baru, Lenggong ditempatkan di PPS DOR Kampung Malau yang juga dibuka pada pukul 11 malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata 81 penduduk membabitkan 27 keluarga dari Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai ditempatkan di DOR Kampung Sungai Klah Baru di daerah Batang Padang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");