Perak Hari Ini

Bekas CEO SSM Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Bersubahat

IPOH- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd. Wahad Fenner mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan bersubahat bersama anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan dengan menerima suapan bernilai RM250,000 di Mahkamah Sesyen hari ini.

Turut mengaku tidak bersalah anak lelakinya, diatas pertuduhan menerima suapan dengan nilai yang sama iaitu RM250,000 bagi memastikan bebarapa dokumen diluluskan pada 18 April dan 25 Mei tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili oleh empat orang peguam, Shahir Abdul Razak, Syaiful Nazrin Mohd Rahim, Mohd Faizal Mohd Aris dan Dorina Abdullah.

Menurut Nurul Wahida, pihak pembelaan telah membuat permohonan untuk kes berkenaan dibicarakan bersama dengan 33 pertuduhan yang lain.

Hakim, S Indra Nehru membenarkan kes dipinda ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta bersama pertuduhan yang lain di bawah Seksyen 64 Akta Bicara Bersama.

Pertuduhan ke atas mereka di jalankan mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan bersama subseksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) akta yang sama.

Dalam pada itu Nurul Wahida memaklumkan, tiada cadangan terhadap sebarang jaminan keatas kedua-dua mereka.

Terdahulu, Datuk Zahrah telah didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM5 juta antaranya untuk meluluskan penganjuran beberapa program di bawah suruhanjaya itu manakala anaknya, didakwa atas empat tuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan Zahrah untuk menerima suapan.

SPRM juga telah merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian selain dua kotak berisi 71 pelbagai dokumen pada Januari dan April lalu dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta di Ibu pejabat SSM, Menara SSM, Jalan Stesen Sentral 5.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");