Perak Hari Ini

Bersatu Parti Terbaik- Radzi Sheikh Ahmad

KUALA KANGSAR- Pengerusi Lembaga Rayuan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad berkata tiada parti lain yang serupa seperti Bersatu di mana ianya adalah parti yang terbaik.

Katanya, bagi memastikan dakwaan politik wang tidak berlaku dalam pemilihan, sistem perlembangaan Bersatu itu sendiri rencanakan untuk mengurangkan bilangan cawangan supaya peluang-peluang menggunakan wang untuk membeli undi tiada.

“Sistem penubuhan cawangan oleh Bersatu agak berbeza dengan Umno di mana ianya berpandukan kepada Pusat Mengundi dimana apabila ada sebuah Pusat Mengundi, maka akan ada sebuah cawangan.

“Perkara ini tidak sama dengan Umno yang mempunyai lebih dari satu cawangan.

“Sebagai objektif, kita akan mengurangkan bilangan cawangan, tetapi lebihkan ahli cawangan,” katanya sebagai mesej dari seorang veteran.

Beliau berkata demikian kepada media semasa sidang media selepas merasmikan Pejabat Parti Peribumi Bersatu Bahagian Kuala Kangsar, di sini, hari ini.


Tambah Radzi, beliau mahu sebahagian pejabat yang baru dibuka tersebut ada kemudahan yang lengkap serta pekerja yang komited kerana katanya perkara tersebut adalah nadi kepada Pejabat Bahagian.

“Kita merupakan parti yang memerintah di mana perlu ada sistem maklumat lengkap dan dikumpulkan di peringkat Bahagian,” katanya.

Katanya, sehingga kini terdapat 17 buah cawangan yang mana Pejabat Bahagianlah yang bertanggunjawab bagi menjalankan kursus kepimpinan dan berbagai kursus supaya parti berkenaan akan sentiasa subur dan kuat.

“Jikalau sesebuah parti berkenaan ditinggalkan, ianya akan sama seperti pokok di mana pada musim kemarau tidak disiram tentu akhirnya akan mati sama seperti musim apabila kita ditekan dengan propaganda hebat.

“Bahagian perlu turun ke akar umbi bagi menerangkan isu-isu semasa dan pelbagai lagi,” katanya.

Sementara itu Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata, bilangan ahli baru pula semakin hari menunujukkan pertambahan.

“Dengan pembuka pejabat ini di samping kerja-kerja yang dilakukan bersama AJK Bahagian, semakin hari semakin bertambah ahli baru.

“Saya berharap agar komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan saya juga akan bertambah-tambah kerana kami sentiasa akan berkerja untuk rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");