Perak Hari Ini

Bersatu Perak Sifatkan Tuduhan Syed Razif Tidak Berasas, KB Lumut Cabar Kemuka Bukti

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyifatkan tuduhan Syed Razif Syed Rabii yang mendakwa berlaku penyelewengan berhubung
kontrak penyelenggaraan di bawah bajet Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) Negeri adalah sebagai satu tuduhan liar yang tidak berasaskan kepada sebarang bukti.

Pada siang tadi, Ahli Bersatu Bahagian Lumut itu dalam satu sidang media di sini mendakwa ia telah dihadiahkan kepada sebuah syarikat tanpa tender terbuka.

Ketua Penerangan Bersatu Perak, Mohader Ahmad Mohd Ayob dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Syed Razif itu seolah-olah dilihat telah dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak berani tampil ke hadaapn.

Jelas beliau, langkah Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam menambah baik sistem penyelengaraan bajet MARRIS pastinya akan ditentang oleh segelintir kontraktor yang sekian lama telah mengaut keuntungan besar hasil daripada menjadi ahli atau mempunyai hubungan baik dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Mohader Ahmad berkata semasa di bawah pentadbiran BN, hampir setiap hari wujud aduan berkenaan penyelengaraan di negeri ini.

Katanya PH telah membuat keputusan tepat dalam melantik syarikat konsesi yang berkemampuan untuk menguruskan peruntukan MARRIS secara lebih cekap dan menjimatkan.

“Melalui sistem ini, pihak berkuasa tempatan bertindak sebagai pemantau kualiti jalan raya dan tidak perlu lagi memantau setiap kontraktor individu kerana tanggungjawab itu kini terletak di bahu syarikat konsesi.

“Dengan adanya sistem pemantauan dan aduan penyelenggaraan jalan raya yang lebih efisyen, akan akan memberi manfaat terus kepada rakyat,” katanya

Selain itu ujar beliau kebanyakkan pihak kontraktor yang mempunyai hubungan dengan UMNO atau BN memegang antata 10 hingga ke 20 lesen kontrak.

Malah katanya ada pihak yang mencecah ratusan lesen sehingga mengakibatkan agihan kontrak penyelengaraan jalan raya hanya berlegar dalam kalangan mereka.

Sementara itu, Ketua Bersatu Bahagian Lumut, Nordin Ahmad Ismail turut mempersoalkan niat sebenar Syed Razif dalam membuat tuduhan tersebut.

“Adakah dia cuba mencari publisiti murahan? Adakah dia layak bercakap sebagai ahli Bersatu atau cuba menggunakan nama BERSATU untuk bersuara bagi pihak kontraktor-kontraktor mesra UMNO/BN yang kini kehilangan arah kerana tidak mampu bersaing secara sihat dalam perniagaan?,” soalnya dalam satu kenyataan berasingan.

Mengulas berkenaan dakwaan Syed Razif yang menyebut syarikat konsesi yang dilantik itu terlibat dengan salah laku rasuah itu hanyalah sekadar dakwaan.

Katanya tanpa sebarang proses pendakwaan dan hukuman oleh mahkamah, ia tidak menjadikan syarikat itu benar-benar telah melakukan jenayah rasuah.

“Saya ingin mencabar Syed Razif untuk mengemukakan fakta dan bukti yang proses lantikan itu telah mengakibatkan peningkatan kos penyelenggaraan Bajet MARRIS seperti yang didakwa.

“Jika gagal berbuat demikian, ini bermakna dakwaannya mengenai penyelewengan dalam Bajet MARRIS Perak adalah suatu agenda peribadi untuk merosakkan imej kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semata-mata.

“Justeru, Syed Razif wajar menarik balik dakwaannya atau perlu bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang oleh pihak-pihak yang difitnahnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");