Membawang Hari Ini
Like

‘Biar Saya Selesai Sendiri Kemelut Ibu, Isteri’

October 5, 2019
265 Views
0 Comments
2 minutes read
‘Biar Saya Selesai Sendiri Kemelut Ibu, Isteri’

BERIKUTAN kenyataan diberikan juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28, yang tidak menyebelahi ibu atau isterinya dalam kemelut sebelum ini, dia sekali lagi menerima kecaman menerusi mesej peribadi (DM) di laman sosial miliknya.

Ramai yang mendakwa dia anak derhaka kerana cuba mempertahankan tindakan isterinya dan waktu sama meminta umum tidak menyebarkan rakaman video di hari persandingan membabitkan kedua-dua wanita itu.

Membalas kenyataan diberikan umum, Sufie sekali lagi menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang kenyataan membabitkan perkara itu.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara yang berlaku. Biarlah saya sendiri yang melakukan perkara apa harus dilakukan tanpa campur tangan pihak lain,” katanya dalam komen dimuat naik di laman sosial miliknya, lapor Harian Metro.

Dalam waktu sama, penyanyi kelahiran Singapura itu juga sekali lagi menegaskan dia menyayangi kedua-dua bidadarinya iaitu ibu dan isterinya.

“Disebabkan itu saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara membabitkan isu yang ditimbulkan,” katanya.

Dalam kenyataan itu katanya, sebagai seorang yang beragama Islam adalah salah dan berdosa untuk dia membuka aib ahli keluarga mahupun isterinya sendiri.

Keretakan hubungan antara ibu Sufie, Irma Suriana Mahamud dan isterinya, Nurulain Md Yusof bermula sewaktu penyanyi itu membuat keputusan mahu menikahi Irma tetapi tidak mendapat persetujuan daripada ibunya.

Keadaan menjadi buruk apabila rakaman menunjukkan Nurulain meninggalkan pelamin apabila ibu mentuanya naik bersalaman dan memeluk Sufie.

Dalam waktu sama Irma turut memuat naik kenyataan di laman sosial miliknya dengan berkata, bahawa dia dan rombongannya dilayan seperti penjenayah sewaktu hadir ke majlis resepsi yang diadakan.

Sufie dan Nurulain selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis sederhana yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya pada 21 September lalu.

Pada majlis pernikahan itu, Sufie memberikan tujuh dulang hantaran berserta cek bernilai RM20,000 dan mas kahwin sebanyak S$300 (RM910) kepada Nurulain dengan dibalas sembilan dulang hantaran.

Terdahulu, pasangan yang berkenalan pada penghujung 2016 itu mengikat pertunangan mereka pada 15 Disember 2018.

Komen & Pendapat

Comments are closed.