Perak Hari Ini

‘Boneka Hidup’ Juara Festival Teater Perak 2019

IPOH- Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) merangkul gelaran juara dalam Festival Teater Perak (FTPk) 2019 sekaligus mendapatkan tempat dalam pertandingan di peringkat kebangsaan.

SSeMPk turut memenangi beberapa kategori dalam FTPk antaranya Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing dalam ucapannya berkata tujuan utama penganjuran program tersebut adalah untuk menyemarakkan dan mempopularkan seni teater di negeri ini khusunya Bandaraya Ipoh.

“Usaha ini juga adalah untuk menjadikan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sebagai ‘hub’ atau pusat seni yang berpotensi menjadi daya penarik pengunjung dan pelancong tempatan dengan usaha tersebut.

“Tentunya penyerlahan industri pelancongan negeri akan lebih berkembang dan lebih pelbagai dalam bidang seni budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sekaligus merasmikan Majlis Malam Anugerah Festival Teater Perak, di Kompleks JKKN Perak, hari ini.



Festival Teater Perak merupakan program yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran khusus kepada peminat seni di Malaysia disamping program-program lain bagi memberi manfaat kepada orang ramai.

Festival berkenaan telah bermula pada 23 September dan berakhir pada 4 Oktober yang mana telah menyaksikan sebanyak 12 naskhah di mana sebanyak 11 daripadanya dan 11 produksi bertanding bagi merebut gelaran juara.

Tambah Kar Hing, beliau berharap agar seni kreatif tersebut mampu memberikan pendapatan kepada para penggiat seni.

“Program sebegini perlu diperbanyakkan bagi menggalakkan penggiat seni teater sebagai pengusaha bidang seni persembahan yang mempunyai potensi ke arah penjanaan ekonomi mereka selaras dengan dasar industri kreatif negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");