Berita Hari Ini

Budak Basikal Lajak Sengaja Cari Penyakit…

AMPANG – Tindakan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak secara berkumpulan di jalan raya di Taman Muda Ampang di sini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Aksi remaja berkenaan dirakam seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Video itu kemudiannya tular di Facebook sehingga mengundang kecaman netizen.
Video yang memaparkan kira-kira lima hingga enam remaja itu dipercayai berlumba sambil diekori sebuah motosikal dipercayai rakan kepada sekumpulan remaja itu.

Pemandu teksi itu turut memarahi remaja terlibat kerana aksi mereka sangat berbahaya.
Rata-rata netizen menyelar tindakan sekumpulan remaja itu yang disifatkan sengaja mengundang masalah kepada pengguna jalan raya.

Tidak kurang juga yang menasihatkan ibu bapa kepada remaja terlibat agar memantau pergerakan anak mereka sebelum sesuatu yang buruk berlaku memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");