Berita Hari Ini

Bumbung 6 Rumah Diterbangkan Angin

JITRA: Hujan lebat serta angin kencang menyebabkan bumbung enam rumah di dua kawasan di daerah ini diterbangkan angin, semalam.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian jam 5 petang itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu merangkap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa, berkata antara kawasan terbabit ialah Kuala Kerpan (dua rumah) dan Kampung Jerlun (empat rumah).

Katanya, kesemua rumah terbabit hanya mengalami kerosakan membabitkan bahagian atas rumah iaitu bumbung yang diterbangkan angin.

“Anggota kami bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Kamalruzamal berkata, ini adalah kejadian kedua membabitkan ribut bulan ini, di mana sebelum ini membabitkan 38 rumah di lima kampung pada minggu lalu.

Dalam kejadian itu, kampung yang terbabit adalah di Kampung Sungai Korok, Kampung Kepala 10, Kampung Permatang Keriang, Kampung Pida 4 Deli, Kampung Daleh, Kampung Sungai Korok Balai Pos dan Kampung Pida 4 Mukim Tunjang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");